Friday, April 2, 2010

TRUE LOVE.. DEEP IN MY HEART.....


YA ALLAH, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk memenuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu.

Hati-Hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini.

Tunjukkan kepada hati-hati ini jalan-Mu yang benar. Penuhkan hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak kunjung malap.

Lapangkanlah hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu.

Hidupkan hati ini dengan Ma'rifat tentang-Mu.

Jika engkau mentadbirkan hati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.


Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong....

No comments: