Friday, April 16, 2010

ISTANA MENANTI....



Lupakan waktu semalam

Kerana ia telah pergi

Jadikan sebagai pedoman

Untuk teruskan kehidupan

Usah kau terlalu fikirkan
Kerana ia telah terjadi

Teruslah mara kehadapan

Hadapi dengan tenang

Masa akan berlalu pergi

Saat bahagia pasti kau temui

Jangan di kenang cerita lama

Kelak nanti menyeksa jiwa

Kerana dunia masih berputar

Harapanmu pasti kan bersinar

Mungkin esok hari bermakna

Hari ini guna sebaiknya


Kembali menyinari hidup ini

Dengan senyuman yang lama terpadam

Kerana hilangnya hati dan perasaan

Di mamah oleh kezaliman

Dan air mata ini pernah berlinang

Bila ku imbas kembali kenangan

Hidup di masa silam

Penuh benci dan dendam

Kini aku lepaskan semua

Lupakan segala cerita

Takkan lagi kembali berduka

Hanya kerana peristiwa lama

Aku kumpulkan semua sisa-sisa

Untuk ku bina sebuah harapan

Menjadi azimat berharga

Teruskan kembali perjuangan hidup


yang pergi yang hilang

hanyalah aku seorang

engkau yang rasa

kita tak sama

aku terpaksa bukan kecewa

apa yang terjadi bukan sekali

senyum di ukir tanda kekuatan

tapi hakikatnya hati tak tertahan

bagai bintang bersinar di waktu petang

bukannya aku seperti itu

aku hanyalah sebutir pasir

hilang bila di telan masa
langsung tak terasa bila aku tiada

tiada yang rugi bila aku pergi

namun hakikatnya aku masih di sini

pasti tiada yang bersedih hati

ramai yang menanti menjadi ganti

lebih bersinar dari kilau permata

dapatkah aku bernafas lega

rinduku pada di sana
yang sepi yang hilang

hanyalah aku seorang..

No comments: