Tuesday, May 21, 2013

Welcome to the Family - Megat Muhammad Muaz, Mylovely Grandson -

Megat Megat Muhammad Muaz - My Lovely Grandson



Ini lah Megat Muhammad Muaz... Comel tak?  Cucuanda sulongku.. Muaz memanggil aku dengan panggilan Siti (dalam bahasa Syria Arab, Siti adalah Nenek, Sidi adalah Datuk).
Sekejap jer masa berlalu.. puteri sulong ku Tengku Adriana melahirkan Muaz pada 19 Jan 2013. Alhamdulliah semuanya selamat dan Muaz umurnya sudah 4 bulan.  Jadilah anak yang Solleh dan Daai untuk meneruskan usaha perjuangan Islam dibuka bumi ini wahai cucuanda....  Siti Sayang Muaz....

Thursday, November 1, 2012

MEMORI BETTY - KUCING KESAYANGAN AMELIA

 Betty... kucing kesayangan Amelia Hani...... 

 MasyaAllah... terkejut diriku melihat gambar kucing parsi dari blog seniorku masa sekolah dahulu.. gambar ini dari blog chezratna empunya kucing parsi yang montok lagi comel ini.  Sis Ratna.. izinkan saya mengepostkan gambar-gambar Honey Aristocat mu ya Sis...
Kucing parsi ini saling tak tumpah seiras kucing parsi yang pernah kupelihara suatu waktu dahulu, diberi oleh kawan sekerjaku.  Betty kuberi nama.... manjanya bukan main lagi.... dari sakit sehingga sihat betty ku jaga ku berikan rawatan sehingga segar bugar tubuh betty sehingga ku kawinkan dengan satu lagi kucing parsiku si Tabby... sehingga Betty bunting, tetapi malangnya Betty keguguran... kesian Betty....
Masih dalam ingatan ketika Betty kaku keras di dalam bilik air.... sekembaliku dari tempat kerja, waktu tu hujan renyai-renyai aku dan anak-anakku.... Adriana Hani dan Amelia Hani sama-sama mengali lubang untuk kebumikan Betty.... Menangis teresak-esak tiga beranak ini didalam kesedihan dengan kematian si Betty.  Gambar-gambar dibawah ini menghilangkan rinduku kepada Kucing Parsi kesayangan Amelia Hani.... 









HONEY ARISTOCAT JELMAAN BETTY.........




Thursday, October 4, 2012

WalimatulUrus - Mac - Jun 2012

Assalamualaikum w.b.r. kepada pembaca setia blogku ini,  Lama sangat rumahku ini ku tinggalkan dah merata bersawangnyer... ya ampun..... (monolog ajer ya) heheheee... Ni lah dia sepanjang bulan purnama yang duluan itu, kesempatan mengambil photo-photo kenangan manis mereka itu... Photo yang dibawah in adalah sepupu ku Rizal Shabuddin, walimatulUrusnya diadakan bulan Mac 2012 yang lalu.  Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Rizal dan pasangannya, semoga mendapat keberkatan, keredhaan dan kesejahteraan rumahtangga yang diimpikan selama ini.... Ameen....


 Photo di atas ini adalah photo favourite ku.... entah bagaimana photo yang kuambil ini hasilnya sungguh menawan sekali....  very simbolik gayanya....



 Dibawah ini adalah photo Ibuku yang tersayang bersama adik perempuanku yang satu-satunya yang amat kusayangi dan adik iparku, Ruby, menhadirkan diri di majlis tersebut.


Sessi dan situasi yang berlainan pula kupaparkan photo-photo yang dibawah ini.... Tanggal 9 Jun 2012, Majlis WalimatulUrus Bisan ku di Sri Petaling, majlis menyambut menantu...


Mummy, Aku dan Hubby




 Photo kenang-kenangan puteri sulongku, Rya bersama seluruh family yang bertandang di majlis tersebut... Semoga anakanda berbahagia dunia dan akhirat...


Tuesday, May 8, 2012

WALIMAH PUTERI SULONG KU... TENGKU ADRIANA HANI


18HB MARCH - 19 MARCH 2012

Ku sujud syukur kepada mu ya Allah menyempurnakan majlis walimah puteri sulong ku. Bertemu jodohnya dengan Ustaz Al-Hafiz Syazani Fakhrullah Sallehuddin.  Alhamdullilah urusan majlis tersebut dipermudahkan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menguruskan majlis ini.

Ku rakamkan gambar kenangan majlis ini buat tatapan anak cucuku....

Gambar Majlis Pernikahan di Masjid Al-Falaq, USJ 2,
Subang Jaya.





Sekali Lafaz sahaja puteriku bergelar Isteri... Jadilah isteri sollehah yang beriman. Doa Ibu umtuk anakanda sepanjang hayat

 ....

 Hantaran dari pihak kami...



Hantaran dari pihak lelaki... sayang skali gambar bisan ku blur pulak.... maaf ya kak zaini.. camera ni buat hal..

 Saya and Cik Suami bersama anak menantu...


Majlis Perkahwinan Puteri ku bertempat di Dewan Tiba, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya



Cik Suami yang kucintai dan kusayangi.... sayang Abang...






Puteriku.... mama tumpang bahagia... Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri... jadi lah isteri sollehah yang beriman dan ibu penyayang kepada anak2.... tak sabar nak timang cucu....








Gambar kenangan-kenangan para tetamu yang hadir di majlis itu...


Pn. Elliza Zulaikha, anakanda dan saya..

Ni gambar kenangan bersama schoolmate masa di sekolah Assunta... - Rezza Hana, Norhafizah, Siti Khadijah, Zalina Azhar, Mazuri, me and Siti Noriah...


 Ni Senior masa sekolah menengah Assunta -  Kamaliza, me, Kak Ogy, Kak Azah and Harlina