Friday, September 17, 2010

HARI RAYA EIDUL FITRI - 2010

Alhamdullilah..sekali lagi laungan takbir bergema di alam ini memuji keagungan Ilahi sepena dengan kehadiran 1 Syawal 1431 Hijrah.  Ini menandakan bahawa kita semua umat Islam telah berjaya menyempurnakan Rukun Islam yang ketiga dan menyambut kemenangannya merayakan Aidil Fitri dengan penuh ketakwaan dan kesyukuran. Amin...

Syukur kehadrat Allah s.w.t. puteri-puteri ku dapat berhari raya bersamaku tahun ini selepas 9 bulan terpisah jauh.. mereka menuntut ilmu jauh di Afrika Selatan, Johanesburg.  Dengan izin yang maha kuasa, mereka dapat balik bercuti bersamaku walaupun hanya 2 minggu sahaja. Alhamdullilah....

Disini sempat merakamkan detik-detik indah bersama mereka di pagi 1 Syawal..  Mereka berangkat ke Afrika Selatan pada hari raya ke-3.

Gambar ku bersama Ibu tercinta.  Ibuku beraya bersama-samaku tahun ini memandangkan anak2 nya yang lain beraya bersama mertua masing-masing..

No comments: